APAKAH ITU FOREX
Forex, FX atau Pertukaran Matawang Asing adalah pasaran di mana matawang dari pelbagai negara dijualbeli antara satu sama lain. Forex adalah salah satu dari pasaran kewangan terbesar di dunia untuk perdagangan pelbagai matawang.
Beroperasi 24 jam sehari, lima hari seminggu, pasaran Forex membolehkan sesiapa sahaja di seluruh dunia untuk terlibat dalam jualbeli matawang pada bila-bilal masa. Dalam zaman moden pasaran elektronik, kehadiran fizikal bursa tukaran tidak diperlukan lagi. Jual-beli matawang sesebuah negara bertentangan matawang negara lain berlaku dalam talian. Pedagang membuka posisi matawang tertentu dan menjangkakan harga akan naik atau turun bergantung pada situasi pasaran. Pedagang boleh menghasilkan keuntungan daripada pergerakan harga ini.
Tidak ada cara untuk matawang diperdagangkan secara unilateral. Perdagangan adalah satu proses yang relatif – apabila ada yang membeli, pastilah ada juga yang menjual. Disebabkan perbezaan antara transaksi ini, sesetengah pedagang mendapat manfaat, dan yang lain kerugian wang.

No comments:
Post a Comment